Search This Blog

Register Email Here & Be The FIRST to Get Latest Promo by Email

WHAT IS ON SALE THIS MONTH?

WHAT IS ON SALE THIS MONTH?

Come Follow Us!

Anda Memerlukan Produk Kosmetik HALAL yang boleh digunakan ketika SOLAT?

Anda Memerlukan Produk Kosmetik HALAL yang boleh digunakan ketika SOLAT?
GOOD Price, Import Quality & HALAL Cosmetics: Click Photo to view

Monday, July 22, 2013

PART 3: Perbezaan 3 Bedak Asas KRYOLAN


Kita dah pelajari di PART 2 mengenai Persamaan antara ketiga-tiga Bedak Asas KRYOLAN, kini saya kongsikan apakah Perbezaan antara ketiga item tersebut dan siapakah yang sesuai menggunakannya
--------------------------------------------------------------

Apakah Perbezaan antara 3 jenis Bedak Asas iaitu Foundation yang ada dalam koleksi KRYOLAN?

Saya akan kongsikan maklumat berdasarkan ciri-ciri produk dan kegunaannya
1. KRYOLAN Ultra Foundation Stick 
- dalam bentuk stick, sama seperti TV Paint Stick
- TIADA Mineral Oil
- isi kandungannya membantu melembutkan kulit bagi memberikan keselesaan kepada pemakai
- Hasil Sapuan: LEMBUT dan GEBU
- Ia memberikan kesan Natural (ASLI) dan juga Matte (tidak berminyak)
- Sangat cantik bagi yang meminati hasil solekan yang FLAWLESS (Tanpa cela)
- Sangat sangat sangat sesuai untuk KULIT BERMINYAK supaya ia tidak akan tambah berminyak terutamanya bagi anda yang sering berada di tengah panas/cuaca terik
- Bagi anda yang meminati solekan NIPIS dan KEMAS, boleh jadikan Ultra Foundation Stick sebagai pilihan TERBAIK

2. KRYOLAN Supra Color
- dalam bentuk krim yang disimpan dalam bekas bulat yang leper
- isi kandungannya sangat berminyak dan sesuai untuk anda yang mempunyai MASALAH KULIT KERING
- ia sangat cantik digunakan bagi mendapatkan hasil solekan LICIN seperti patung
- para pengguna sedang menggila menggunakan Supra Color kerana hasilnya yang sangat SUPERB HEBAT
- Tips penggunaan: Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, anda masih tetap boleh menggunakan Supra Color dengan SATU Syarat iaitu, sapukan TV Paint Stick sebagai sapuan pertama dan sapuan penutup (ketiga). Supra Color hanya digunakan untuk sapuan kedua sahaja. Ini dapat membantu anda memperolehi hasil solekan yang meletup dan anda masih memperolehi solekan yang FLAWLESS seperti Barbie Doll

3. KRYOLAN TV Paint Stick
- dalam bentuk stick, sama seperti Ultra Foundation Stick
- kandungannya sedikit kering berbanding Ultra
- Ia sangat sesuai digunakan untuk anda yang ada MASALAH Kulit Berminyak dan berjerawat (jerawat timbul ataupun jerawat tenggelam)
- Ia PALING BAGUS digunakan di dalam cuaca yang panas terik, sebab itulah ramai Mekap Artis Professional lebih gemar menggunakannya berbanding produk jenis cecair
- Kualiti solekan yang mampu bertahan lama meskipun terkena hujan dan juga panas terik melampau
- Ciri-cirinya hampir sama dengan Ultra cume perbezaan dari segi tekstur di mana TV Paint Stick mempunyai tekstur yang sedikit kasar
- Oh ya! Anda mesti mahir menggunakannya bagi mendapatkan hasil solekan FLAWLESS
- Cara terbaik adalah menggunakan Span Pink dan juga Stipling brush

------------------------------------------------
PASTIKAN: Selesai sahaja anda menggunakan salah satu daripada ketiga-tiga Bedak Asas di atas, anda hendaklah menutup solekan dengan menggunakan Bedak Debu sahaja.

Di antara soalan-soalan yang sering saya terima daripada para Mekap Artis, pelanggan dan anak murid saya:
"Mana satu lebih elok? Guna bedak debu atau Cake Makeup?"
"Saya tak suka guna bedak debu sebab susah nak simpan, mudah berterabur"
Baiklah, untuk soalan-soalan tersebut, jawapannya tetap sama. Bedak Debu adalah PILIHAN Terbaik bagi mendapatkan hasil solekan yang GEBU dan FLAWLESS.
Namun begitu, anda masih boleh menggunakan Cake Makeup mahupun Bedak Padat (Compact Powder) tetapi jangan kecewa jika anda dapati wajah anda sedikit berkerak atau tampak seperti ada bedak kasar di wajah.


Tips Penggunaan Bedak Debu:
Sapuan pertama hendaklah menggunakan Powder Puff dan BUKANnya Berus.
Mengapa? Anda perlu ingat bahawa Foundation yang anda sapu di wajah ialah dalam bentuk krim. Jika anda terus menggunakan berus, maka ketajaman berus tersebut akan memberi kesan bergaris di wajah sehingga membentuk hasil solekan yang kasar dan tidak kemas.
--------------------------------
Anda boleh gunakan ketiga-tiga item ini untuk solekan harian. Namun begitu, seperti yang saya telah kongsikan di dalam PART 2, anda hendaklah juga memastikan penjagaan kulit rutin harian dan rutin mingguan dilakukan dengan baik dan sempurna SETIAP HARI tanpa gagal.
--------------------------------

Oleh itu, jika anda meminati hasil solekan LUAR BIASA hebat dan cantik, boleh pilih antara ketiga-tiga item ini. Jika anda memerlukan solekan simple dan BIASA-BIASA, saya akan bantu anda dengan maklumat seterusnya di PART 4.

Saya doakan semoga ELMU yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua memahami tujuan anda bersolek seterusnya membuat pilihan yang betul. Jika ada sebarang persoalan yang bermain di minda, bolehlah menghantar email ke usahawan@draz.my


- JUMPA LAGI di PART 4 - ♥

Kembali ke PART 1  untuk Rujukan
Kembali ke PART 2 untuk Rujukan

PART 2 - Pelajari Persamaan Bedak Asas = Foundation KRYOLAN dan kegunaannya

Seperti yang dijanjikan - PART 2 -
--------------------------------------------------------------


Apakah persamaan antara 3 jenis Bedak Asas iaitu Foundation yang ada dalam koleksi KRYOLAN?
1. KRYOLAN Ultra Foundation
2. KRYOLAN Supra Color
3. KRYOLAN TV Paint Stick 

--------------------------------
Ketiga-tiganya TEBAL
Ketiga-tiganya FULL COVERAGE

Apakah maksud FULL Coverage?
--------------------------------
Maksudnya segala jerawat, jeragat, pigmentasi, scar akan fully covered dan TERSOROK. Memang BEST sangat untuk anda yang ada MASALAH JERAWAT TERUK, Scar, kulit tak rata dan macam-macam lagi. 
Sebab itulah ramai yang menggila nak gunakannya.
Sebab itulah ramai Makeup Artis Professional suka gunakan untuk solekan Pengantin.
Dan kini, pengguna biasa sangat suka pakai salah satu daripada 3 foundation tersebut. 

TAPI!!!! Ada tapinya...
Dah tahu ia tebal, haruslah pandai jaga kulit muka kan?
Kalau tak jaga.. mulalah ada yang mengadu kulit kusam la, naik jerawat la...

Helloooo.... Kalau anda pakai apa-apa pun selain KRYOLAN kalau tak jaga muka, tidur tak cuci dengan betul, skincare tak pakai ikut RUTIN WAJIB, TAK PERNAH guna scrub, TAK PERNAH guna MASK.... haruslah kulit jadi tak cantik.. kannn?

Sama juga kalau anda tak pakai apa-apa produk dan tak pernah jaga kulit, setakat cuci pakai Daily Cleanser, memanglah muka akan tampil PUCAT LESI, KUSAM dan macam-macam masalah lagi

Saya juga sering kongsikan dengan para pelajar saya sewaktu sesi Personal Coaching beberapa petua serta langkah-langkah terbaik menjaga kulit... 

Kepakaran saya adalah dalam bidang Skincare (penjagaan kulit) dan Kecantikan dan saya sering kongsikan cara terbaik untuk menjaga kulit apabila mengenakan sebarang alat solek. Saya juga sering mendidik para pelajar saya untuk memahami kegunaan setiap sesuatu produk yang hendak digunakan

OK, selepas ini saya akan kongsikan ciri-ciri yang terdapat dalam 3 jenis foundation tersebut dan anda boleh mengetahui mana satukah yang sepatutnya anda gunakan

- JUMPA LAGI di PART 3 -

Kembali ke PART 1 untuk rujukan

Thursday, July 18, 2013

PART 1: Kenali Bedak Asas KRYOLAN Anda




Ramai yang beriya-iya nak melaram licin meletupppp macam Rozita Che Wan kan raya raya ni.

Haa... tapi main beeeeeliiii je tak pernah nak ambil tahu apa yang dibeli... Lepas tu... tak pakai sebab.... sebabbbb... sebab tak sesuai dengan kulit... betul kan?

OK... dengan ini saya dengan senang hati nak berkongsi ilmu yang ada ini dengan anda semua. Ilmu wajib dikongsi bagi membantu anda semua menambah nilai hidup anda menjadi insan yang BIJAK dalam membeli mahupun menggunakan sesuatu produk.

Jangan main ikuuuuutttt je cakap kawan kawan mahupun jurujual yang mengatakan ini bagus, itu bagus... Ini adalah kerana, setiap WANITA mempunyai kulit yang berlainan dan tak semua produk boleh digunakan oleh anda semua.

Untuk semua pelanggan, saya selalunya akan bertanya DUA Soalan berikut:
1) Kenapa anda nak beli foundation ni?
... Kemudian diikuti dengan
2) Apa jenis kulit anda?
.. tu biasanya DUA Soalan Asas yang saya akan tanya. 
selepas mendapat jawapan, barulah saya akan kongsikan apakah yang sesuai dengan kulit anda

Hari ini, saya nak kongsikan 3 jenis Bedak Asas iaitu Foundation yang ada dalam koleksi KRYOLAN
1. KRYOLAN Ultra Foundation
2. KRYOLAN Supra Color
3. KRYOLAN TV Paint Stick

Nak tahu Apa persamaannya? 
Nak tahu Apa perbezaannya?
Nak tahu Apa kegunaannya?

- KITA BERSAMBUNG di PART 2 -

-----------------------

Friday, July 12, 2013

Apa itu Blending Brush?

 Blending Brush - Round Tip


Apa kegunaan berus blend ini?


Blending Brush: Thick Round Tip

Suitable for:
-shading your nose bridge
- to create eye creases
- to soften sharp edges

Material: Soft Brush Squirrel


 Angled Brush for Blending - Angled Tip

Apa kegunaan berus blend ini?

Blending Brush: Angled Tip

Suitable for:
- Eye area especially eye socket
- to create soft smudges on eye creases
- to soften sharp edges

Material: Soft Brush Squirrel
 Angled Brush for Blending - Angled Tip
 Angled Brush for Blending - Angled Tip
Angled Brush for Blending - Angled Tip

How to Order?
CALL SMS 012-2399629
WhatsApp +6010-5157758
Email: order@draz.my

HAPPY SHOPPING!!!