Kita dah pelajari di
PART 2 mengenai Persamaan antara ketiga-tiga Bedak Asas KRYOLAN, kini saya kongsikan apakah Perbezaan antara ketiga item tersebut dan siapakah yang sesuai menggunakannya
--------------------------------------------------------------
Apakah Perbezaan antara 3 jenis Bedak Asas iaitu Foundation yang ada dalam koleksi KRYOLAN?
Saya akan kongsikan maklumat berdasarkan ciri-ciri produk dan kegunaannya
1. KRYOLAN Ultra Foundation Stick
- dalam bentuk stick, sama seperti TV Paint Stick
- TIADA Mineral Oil
- isi kandungannya membantu melembutkan kulit bagi memberikan keselesaan kepada pemakai
- Hasil Sapuan: LEMBUT dan GEBU
- Ia memberikan kesan Natural (ASLI) dan juga Matte (tidak berminyak)
- Sangat cantik bagi yang meminati hasil solekan yang FLAWLESS (Tanpa cela)
- Sangat sangat sangat sesuai untuk KULIT BERMINYAK supaya ia tidak akan tambah berminyak terutamanya bagi anda yang sering berada di tengah panas/cuaca terik
- Bagi anda yang meminati solekan NIPIS dan KEMAS, boleh jadikan Ultra Foundation Stick sebagai pilihan TERBAIK
2. KRYOLAN Supra Color
- dalam bentuk krim yang disimpan dalam bekas bulat yang leper
- isi kandungannya sangat berminyak dan sesuai untuk anda yang mempunyai MASALAH KULIT KERING
- ia sangat cantik digunakan bagi mendapatkan hasil solekan LICIN seperti patung
- para pengguna sedang menggila menggunakan Supra Color kerana hasilnya yang sangat SUPERB HEBAT
- Tips penggunaan: Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, anda masih tetap boleh menggunakan Supra Color dengan SATU Syarat iaitu, sapukan TV Paint Stick sebagai sapuan pertama dan sapuan penutup (ketiga). Supra Color hanya digunakan untuk sapuan kedua sahaja. Ini dapat membantu anda memperolehi hasil solekan yang meletup dan anda masih memperolehi solekan yang FLAWLESS seperti Barbie Doll
3. KRYOLAN TV Paint Stick
- dalam bentuk stick, sama seperti Ultra Foundation Stick
- kandungannya sedikit kering berbanding Ultra
- Ia sangat sesuai digunakan untuk anda yang ada MASALAH Kulit Berminyak dan berjerawat (jerawat timbul ataupun jerawat tenggelam)
- Ia PALING BAGUS digunakan di dalam cuaca yang panas terik, sebab itulah ramai Mekap Artis Professional lebih gemar menggunakannya berbanding produk jenis cecair
- Kualiti solekan yang mampu bertahan lama meskipun terkena hujan dan juga panas terik melampau
- Ciri-cirinya hampir sama dengan Ultra cume perbezaan dari segi tekstur di mana TV Paint Stick mempunyai tekstur yang sedikit kasar
- Oh ya! Anda mesti mahir menggunakannya bagi mendapatkan hasil solekan FLAWLESS
- Cara terbaik adalah menggunakan
Span Pink dan juga Stipling brush
------------------------------------------------
PASTIKAN: Selesai sahaja anda menggunakan salah satu daripada ketiga-tiga Bedak Asas di atas, anda hendaklah menutup solekan dengan menggunakan Bedak Debu sahaja.
Di antara soalan-soalan yang sering saya terima daripada para Mekap Artis, pelanggan dan anak murid saya:
"Mana satu lebih elok? Guna bedak debu atau Cake Makeup?"
"Saya tak suka guna bedak debu sebab susah nak simpan, mudah berterabur"
Baiklah, untuk soalan-soalan tersebut, jawapannya tetap sama. Bedak Debu adalah PILIHAN Terbaik bagi mendapatkan hasil solekan yang GEBU dan FLAWLESS.
Namun begitu, anda masih boleh menggunakan Cake Makeup mahupun Bedak Padat (Compact Powder) tetapi jangan kecewa jika anda dapati wajah anda sedikit berkerak atau tampak seperti ada bedak kasar di wajah.
Tips Penggunaan Bedak Debu:
Sapuan pertama hendaklah menggunakan Powder Puff dan BUKANnya Berus.
Mengapa? Anda perlu ingat bahawa Foundation yang anda sapu di wajah ialah dalam bentuk krim. Jika anda terus menggunakan berus, maka ketajaman berus tersebut akan memberi kesan bergaris di wajah sehingga membentuk hasil solekan yang kasar dan tidak kemas.
--------------------------------
Anda boleh gunakan ketiga-tiga item ini untuk solekan harian. Namun begitu, seperti yang saya telah kongsikan di dalam
PART 2, anda hendaklah juga memastikan penjagaan kulit rutin harian dan rutin mingguan dilakukan dengan baik dan sempurna SETIAP HARI tanpa gagal.
--------------------------------
Oleh itu, jika anda meminati hasil solekan LUAR BIASA hebat dan cantik, boleh pilih antara ketiga-tiga item ini. Jika anda memerlukan solekan simple dan BIASA-BIASA, saya akan bantu anda dengan maklumat seterusnya di PART 4.
Saya doakan semoga ELMU yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua memahami tujuan anda bersolek seterusnya membuat pilihan yang betul. Jika ada sebarang persoalan yang bermain di minda, bolehlah menghantar email ke
usahawan@draz.my
- JUMPA LAGI di PART 4 - ♥
Kembali ke PART 1 untuk Rujukan
Kembali ke PART 2 untuk Rujukan