Search This Blog

WHAT IS ON SALE THIS MONTH?

WHAT IS ON SALE THIS MONTH?

Come Follow Us!

Anda Memerlukan Produk Kosmetik HALAL yang boleh digunakan ketika SOLAT?

Anda Memerlukan Produk Kosmetik HALAL yang boleh digunakan ketika SOLAT?
GOOD Price, Import Quality & HALAL Cosmetics: Click Photo to view

Sunday, February 16, 2014

Tips solekan mata untuk si pemakai cermin mata


Anda si pemakai cermin mata?

Berikut adalah tips istimewa untuk anda yang ingin tampil menawan meskipun dengan memakai cermin mata.

Sukar mencari pensil mata berwarna putih?













Pensil mata berwarna putih yang terbaik pernah saya guna dan sering saya gunakan untuk para pelanggan saya ialah White Pencil KRYOLAN.
  • Sangat senang disapu
  • Mudah melekat
  • Tidak sememeh apabila berpeluh
  • Tidak keras seperti kebanyakan pensil lain




Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar anda
Call or SMS 012-2399629
Whatsapp ONLY +6010-5157758
ceo@draz.my

Friday, November 8, 2013

Apa itu Stippling Brush?


Berus Stippling / Stippling Brush
Terdapat pelbagai berus Stippling di pasaran. Ini adalah sebahagian daripadanya yang menjadi koleksi kegilaan ramai jurusolek professional zaman moden ini. 

Apa itu Berus Stippling?
Berus ini merupakan sejenis berus yang mempunyai permukaan rata dan besar. Ia berfungsi bagi mewujudkan hasil solekan airbrush serta memberikan hasil HD (definisi tinggi) dengan penggunaan semua jenis solek. Ia memberikan kesan pixel-sempurna walaupun dalam cahaya flash yang kuat. Ia sangat ringan dan mudah untuk digunakan.

Bilakah masanya perlu menggunakan berus Stippling?
Berus ini sesuai digunakan apabila anda menggunakan bedak asas (foundation) jenis cecair dan juga jenis stick seperti TV Paint Stick KRYOLAN dan Ultra Foundation Stick ataupun jenis krim seperti Supra Color Grease Teint, Dermacolor Camouflage Cream dan juga Dermacos Camouflage Cream.

Kelebihan Berus Stippling berbanding span
+ Anda akan dapat menyelesaikan solekan dengan kadar lebih cepat daripada biasa
+ Hasil solekan lebih lembut dan halus
+ Tiada kesan kerak atau rekahan (crack)

Dapatkan khidmat nasihat dan bagaimana mempelajari tatacara penggunaan jika anda ingin tahu teknik solekan Mekap Artis. 

How to Order?
CALL SMS 012-2399629
WhatsApp +6010-5157758
Email: order@draz.my

HAPPY SHOPPING!!! 



Wednesday, September 18, 2013

DAY 1: Bengkel Andaman Pengantin guna Supra Color dan TV Paint Stick

sesi bengkel andaman pengantin 
baru day one terus buat praktikal... 
student dan model datang dari jauh... dari pahang.. ke pejabat House of AzzaLynn Bridal di Puchong

Day One terus belajar:
+ teknik padamkan jerawat menggunakan FCC Stick (sebab kulit model ada masalah jerawat teruk berbiji-biji timbul timbul dan dahi yang flaky kering)
+ TVP KRYOLAN (jadikan base untuk bagi licin dan kemas)
+ Supracolor (untuk nampak kulit licin berseri)
+ FCC Concealer No 03 untuk naikkan tulang kening
+ peserta juga diajar untuk atasi masalah jika tiba-tiba ada bintik pori2 terbuka di pipi dan kepala hidung, jika tiba2 terconteng terlebih eyeshadow... dan macam macam lagi la...


Bagaimana Mendaftar untuk Bengkel Solekan Pengantin: 
ceo@draz.my 
012-2399629 (SMS/Call ONLY)
+6010-5157758 (WhatsApp ONLY)

Hasil Solekan Meletopp DERMACOLOR

Lihat gambar ni... BEFORE dan AFTER

BEFORE: banyak bebenor jerawat nye
AFTER: inilah hasil solekan menggunakan DERMACOLOR Camouflage Cream... licinnnnnn dari jerawat... tampak geboooo lagi...

Ini gambar yg Ida suruh saya tengok dan bagi komen. Direct Ida hantar gambar dari phone. Ida banyak menuntut EILMU dari saya secara menggunakan teknologi Whatsapp... nak belajar punya pasal... Lynnda pula tak lokek EILMU... mana yg Lynnda tahu dan boleh kongsikan, akan Lynnda sampaikan... InsyaAllah...

Ida regular customer Lynnda... selalu beli Supra, TVP Stick dan DERMACOLOR. Produk FCC [FARMASI Color Cosmetics] pun Ida suka guna dan dah banyak beli.

Ida ni Mekap Artis baru nak bertapak. Ini pengantin PERTAMA yang Ida mekapkan dan Ida menggunakan DERMACOLOR Camouflage Cream. Ida gunakan DERMACOLOR Cream Palette yang ada 12 warna. COMPLETE!!! Senang tak payah fikir nak beli foundation la, highlight la, Shading la, Blusher la.




Sunday, August 25, 2013

Tips: Sapuan Bedak Asas || Foundation Application



Tahukah Anda? 
Sapuan bedak asas dengan menggunakan peralatan yang TEPAT dan BETUL dapat membantu mengatasi masalah solekan anda.

Apakah Masalah Utama Solekan Anda?
+ Kesan BERGARIS di bahagian tepi bibir dan bawah mata
+ Kesan BERCAPUK memberikan hasil solekan Tidak Rata, Tidak Kemas dan nampak PUCAT

Gunakan Berus atau Sponge?
+ gunakan Berus jika anda menggunakan bedak asas (foundation) jenis cecair bagi mengelakkan sapuan yang tidak rata dan bergaris
+ Sapuan Berus adalah secara membulat dan bukannya tarik tarik
+ gunakan Sponge jika anda menggunakan bedak asas (foundation) jenis krim pada peringkat awal meletakkan di wajah. DI LARANG menggunakan berus untuk tujuan kekemasan. Berus hanya boleh digunakan bagi memperbaiki kerosakan di bahagian BERGARIS sahaja
+ Sapuan Sponge adalah secara dab dab (tekap tekap) dan bukannya tarik tarik

Solekan adalah Sangat Mudah dan Menyeronokkan <3 <3 <3

Bagi anda yang lemah dalam seni solekan wajah sendiri, pelajari teknik memastikan solekan anda digunakan dengan betul melalui pelbagai teknik dan tips yang diajar oleh Mekap Artis Professional kami pada 15 September 2013.

Saya juga akan kongsikan petua, rahsia dan cara-cara nak licinkan kedut-kedut dan garisan di wajah anda... 

JOIN Di SINI: Mendaftar Bengkel Solekan Peribadi bersama Mekap Artis Professional pada 15 September 2013 

Monday, July 22, 2013

PART 3: Perbezaan 3 Bedak Asas KRYOLAN


Kita dah pelajari di PART 2 mengenai Persamaan antara ketiga-tiga Bedak Asas KRYOLAN, kini saya kongsikan apakah Perbezaan antara ketiga item tersebut dan siapakah yang sesuai menggunakannya
--------------------------------------------------------------

Apakah Perbezaan antara 3 jenis Bedak Asas iaitu Foundation yang ada dalam koleksi KRYOLAN?

Saya akan kongsikan maklumat berdasarkan ciri-ciri produk dan kegunaannya
1. KRYOLAN Ultra Foundation Stick 
- dalam bentuk stick, sama seperti TV Paint Stick
- TIADA Mineral Oil
- isi kandungannya membantu melembutkan kulit bagi memberikan keselesaan kepada pemakai
- Hasil Sapuan: LEMBUT dan GEBU
- Ia memberikan kesan Natural (ASLI) dan juga Matte (tidak berminyak)
- Sangat cantik bagi yang meminati hasil solekan yang FLAWLESS (Tanpa cela)
- Sangat sangat sangat sesuai untuk KULIT BERMINYAK supaya ia tidak akan tambah berminyak terutamanya bagi anda yang sering berada di tengah panas/cuaca terik
- Bagi anda yang meminati solekan NIPIS dan KEMAS, boleh jadikan Ultra Foundation Stick sebagai pilihan TERBAIK

2. KRYOLAN Supra Color
- dalam bentuk krim yang disimpan dalam bekas bulat yang leper
- isi kandungannya sangat berminyak dan sesuai untuk anda yang mempunyai MASALAH KULIT KERING
- ia sangat cantik digunakan bagi mendapatkan hasil solekan LICIN seperti patung
- para pengguna sedang menggila menggunakan Supra Color kerana hasilnya yang sangat SUPERB HEBAT
- Tips penggunaan: Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, anda masih tetap boleh menggunakan Supra Color dengan SATU Syarat iaitu, sapukan TV Paint Stick sebagai sapuan pertama dan sapuan penutup (ketiga). Supra Color hanya digunakan untuk sapuan kedua sahaja. Ini dapat membantu anda memperolehi hasil solekan yang meletup dan anda masih memperolehi solekan yang FLAWLESS seperti Barbie Doll

3. KRYOLAN TV Paint Stick
- dalam bentuk stick, sama seperti Ultra Foundation Stick
- kandungannya sedikit kering berbanding Ultra
- Ia sangat sesuai digunakan untuk anda yang ada MASALAH Kulit Berminyak dan berjerawat (jerawat timbul ataupun jerawat tenggelam)
- Ia PALING BAGUS digunakan di dalam cuaca yang panas terik, sebab itulah ramai Mekap Artis Professional lebih gemar menggunakannya berbanding produk jenis cecair
- Kualiti solekan yang mampu bertahan lama meskipun terkena hujan dan juga panas terik melampau
- Ciri-cirinya hampir sama dengan Ultra cume perbezaan dari segi tekstur di mana TV Paint Stick mempunyai tekstur yang sedikit kasar
- Oh ya! Anda mesti mahir menggunakannya bagi mendapatkan hasil solekan FLAWLESS
- Cara terbaik adalah menggunakan Span Pink dan juga Stipling brush

------------------------------------------------
PASTIKAN: Selesai sahaja anda menggunakan salah satu daripada ketiga-tiga Bedak Asas di atas, anda hendaklah menutup solekan dengan menggunakan Bedak Debu sahaja.

Di antara soalan-soalan yang sering saya terima daripada para Mekap Artis, pelanggan dan anak murid saya:
"Mana satu lebih elok? Guna bedak debu atau Cake Makeup?"
"Saya tak suka guna bedak debu sebab susah nak simpan, mudah berterabur"
Baiklah, untuk soalan-soalan tersebut, jawapannya tetap sama. Bedak Debu adalah PILIHAN Terbaik bagi mendapatkan hasil solekan yang GEBU dan FLAWLESS.
Namun begitu, anda masih boleh menggunakan Cake Makeup mahupun Bedak Padat (Compact Powder) tetapi jangan kecewa jika anda dapati wajah anda sedikit berkerak atau tampak seperti ada bedak kasar di wajah.


Tips Penggunaan Bedak Debu:
Sapuan pertama hendaklah menggunakan Powder Puff dan BUKANnya Berus.
Mengapa? Anda perlu ingat bahawa Foundation yang anda sapu di wajah ialah dalam bentuk krim. Jika anda terus menggunakan berus, maka ketajaman berus tersebut akan memberi kesan bergaris di wajah sehingga membentuk hasil solekan yang kasar dan tidak kemas.
--------------------------------
Anda boleh gunakan ketiga-tiga item ini untuk solekan harian. Namun begitu, seperti yang saya telah kongsikan di dalam PART 2, anda hendaklah juga memastikan penjagaan kulit rutin harian dan rutin mingguan dilakukan dengan baik dan sempurna SETIAP HARI tanpa gagal.
--------------------------------

Oleh itu, jika anda meminati hasil solekan LUAR BIASA hebat dan cantik, boleh pilih antara ketiga-tiga item ini. Jika anda memerlukan solekan simple dan BIASA-BIASA, saya akan bantu anda dengan maklumat seterusnya di PART 4.

Saya doakan semoga ELMU yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua memahami tujuan anda bersolek seterusnya membuat pilihan yang betul. Jika ada sebarang persoalan yang bermain di minda, bolehlah menghantar email ke usahawan@draz.my


- JUMPA LAGI di PART 4 - ♥

Kembali ke PART 1  untuk Rujukan
Kembali ke PART 2 untuk Rujukan